Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan tindakan Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang boleh disifatkan sebagai terdesak di dalam usaha memastikan sokongan daripada mahasiswa / mahasiswi Universiti dalam memperkatakan kemelut Negeri Perak di dalam program Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 baru-baru ini. Kerajaan BN Negeri Perak jelas tidak menghormati AUKU yang hanya digunakan untuk mengekang politik pembangkang bila mengajak mahasiswa bersimpati dengan politik murahan BN dengan cuba mempengaruhi mereka untuk menolak dan membelakangkan media baru.
Pertemuan dan penjelasan yang dibuat di dalam majlis tersebut membuktikan bahawa di dalam memahami isu kemelut politik Perak ini, media massa arus perdana milik kerajaan tidak mampu menjelaskan perkara yang sebenar dan memberi keyakinan kepada majoriti golongan intelek sehinggakan mereka terpaksa mencari media baru sebagai alternatif. Bagi DPPN Pk, harapan agar mahasiswa tidak hanya menerima media baru adalah satu bentuk penghinaan terhadap keintelektualan dan pemikiran kritis mereka yang ingin menyaring segala 'muntahan' berita perdana yang 'terlampau', di samping mengzahirkan perasaan sebenar pimpinan BN Perak yang takut dan bimbang bila perkara sebenar akan difahami rakyat yang semakin cerdik.
DPPN Pk juga melihat perkembangan terhadap media baru sebenarnya menjadi keperluan kerana media arus perdana benar-benar dilihat berpihak dan tidak bersifat adil di dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. DPPN Pk menunggu ruang untuk semua media arus perdana di dalam melapurkan berita-berita yang nuetral namun menjangkakan ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat selagimana BN menguasai arus media perdana di Malaysia. Sementara kita menunggu saat kebebasan media diberikan perhatian maka selagi itulah arus media baru tetap menjadi relevan.
MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
2 ulasan:
sy cukup mual dgn khairi jamaludin yg dtg ke UiTm shah alam dan berkempen utk BN mase PRU lps... siap kabo BN da bg mcm2 kt rakyat kelantan tp kenapa tak mau undi BN jugak... tak lupa gak dia belanje mkn n bagi t-shirt...
igt mahasiswa ni bodo blake?
menyampah
Nak kata bangang tak juga
Nak kata bodoh tak jugak
jadi org klate budu nie bodoh la..
memang pun BN(Baiki Negara)nak sedarkan yang kamu2 lupa asas perjuangan kamu,,
lawan tetap lawan
tipu tetap tipu
last2 jijah pun
PENIPU!!!!
Hahahahaha
kakakakakaka
hehehehehehe
huuhuhuhuhuh
wawawawawawa
Catat Ulasan