Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 11 Oktober 2010

Persimpangan Terakhir buat Kuli?

Sejarah politik Ku Li yang gemilang di zaman mudanya telah dicantas dengan ja
yanya oleh Dr Mahathir. Beliau yang lebih dilihat kekananannya berbanding Dr Mahathir, telah dilangkaui gara-gara pemilihan yang dilakukan oleh Tun Hussien Onn. Selepas itu Ku Li beberapa kali cuba mencabar, tetapi hanya hampir-hampir mencapai kejayaan pada tahun 1987. Selepas itu kerjaya politiknya semakin malap.

Kalaulah Ku Li tidak membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada 1995, sudah pasti gabungannya dengan Anwar akan memberi kesan berbeza semasa era reformasi. Selepas kembali kepada UMNO Ku Li sering melakukan tindakan 'play safe' takut-takut dia tersilap langkah sekali lagiDi ketika itulah Ku Li dipermain-mainkan oleh Dr Mahathir sehingga rakan-rakan di sekelilingnya termasuklah 'budak' setia beliau Ahmad Shabery Chik sendiri mulai merenggangkan diri daripadanya. Kini tinggallah Ku Li terkontang-kanting berpencak dalam UMNO.

Ku Li cuba mencabar beberapa kali, yang cabarannya bukan dengan mereka yang kecil-kecil politik. Beliau cuba mencabar bertanding sebagai Presiden UMNO, tetapi pencalonannya sangat sedikit. Kawasan yang begitu setia mencalonkannya ialah Gua Musang. Itupun dalam pemilihan yang lalu Gua Musang sendiri hampir-hampir tidak mencalonkan Ku Li.Persimpangan Terakhir buat Kuli? Dari segi politik, kerjaya politik Ku Li hampir berkubur melainkan kubu politiknya di Gua Musang. Hadirnya Ku Li dalam politik UMNO dan politik Malaysia seumpama 'melukut di tepi gantang'. Ku Li benar-benar mengharapkan lampu ajaib Aladdin untuk kembali semula ke persada politik tanahair.

Kali terakhir usaha yang dilakukan oleh Ku Li sebagai lampu ajaib ialah mengg
agaskan Kerajaan perpaduan. Menurut sumber-sumber tertentu, hampir-hampir gagasan itu akan mengangkat semula Ku Li ke persada politik, tetapi sekali lagi musuh tradisinya Dr Mahathir menjadi batu penghalang. Kemudian Ku Li cuba pula menjadi tokoh politik yang diterima semua pihak termasuk menyokong usaha Kelantan untuk mendapatkan royalti petroleum. Sedikit sebanyak usaha ini menaikkan semula martabat politik Ku Li, setidak-tidaknya sejarah penglibatan politik beliau diimbaukan semula.

Bagaimanapun, tiba-tiba UMNO mencadangkan beliau sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas, malah kemungkinan pula menjadi calon. Cadangan ini bukanlah satu penghormatan kepada Ku Li, sebaliknya satu penunjuk arah untuk Ku Li sampai ke garisan penamat politiknya. Ku Li benar-benar berada di penjuru gelagang yang dihimpit oleh kepentingan politik UMNO dan PR khususnya PAS. Tujuan UMNO melantik beliau adalah untuk menamatkan karier politiknya. Berdasarkan PRU 2008, UMNO dan Ku Li sendiri kalah di DUN Galas. Bayangkan kalau keputusan yang sama berulang. Secara tidak langsung pengaruh Ku Li akan dilihat pupus di kubunya sendiri. Sekiranya keputusan sebaliknya, Ku Li tidak mendapat apa-apa merit yang lebih.

Sekiranya beliau menerima pencalonan sebagai Pengarah tersebut, dengan sendirinya pengaruhnya terhadap PR dan PAS khususnya akan putus. Beliau tidak lagi disandarkan harapan oleh PR dan PAS dalam isu royalti dan kemungkinan selepas ini beliau akan benar-benar keseorangan dalam politik. Oleh sebab itu, perkiraan yang dibuat oleh Ku Li seumpama telan mati emak, luah mati ayah. Beliau kini benar-benar telah di Checkmate oleh Najib dan Muhyiddin. Hanya satu pilihan terbaik Ku Li, iaitu menyertai pembangkang pada ketika keemasan begini. Potensi untuk beliau muncul semula dalam politik akan lebih cerah.

Tiada ulasan: