Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 24 Oktober 2010

Dr Zulkefli vs Abdul Aziz

GUA MUSANG: Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas pada 4 Nov ini.

Ketika membuat pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Abdul Aziz merupakan calon yang masih muda dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

"Oleh kerana beliau (Abdul Aziz) akan bertanding pada pilihan raya kecil DU NGalas jadi beliau telah melepaskan jawatannya itu. Beliau merupakan orang tempatan, orang Gua Musang dan umurnya masih muda," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon BN di Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, di sini pada Ahad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, akibat kanser usus pada 27 Sept lalu.

PAS telah mengumumkan pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Tiada ulasan: