Sambutan Hari Raya PAS Kawasan... Batu Gajah yang berlangsung dengan lancar dan penuh dengan semangat muhibbah serta setiakawan telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari masyarakat sekitar Batu Gajah dan sekitarnya. Lebih 1,000 orang telah hadir ke majlis pada malam tersebut. Apa yang menjadi kegusaran sebelum program berlangsung dimana kebimbangan tiada sambutan daripada masyarakat setempat telah berlaku sebaliknya apabila masyarakat berpusu-pusu hadir selepas solat Maghrib pada malam tersebut.
Seawal jam 8.00 malam kawasan khemah yang disediakan oleh pihak penganjur telah dipenuhi oleh orang ramai. Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran golongan wanita dan pemuda-pemuda yang hadir pada malam tersebut. Ini jelas menunjukan petanda bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan daripada semua peringkat umur dan gender baik dari wanita, pemuda malahan keriuhan suara kanak-kanak kecil turut menambah keceriaan sambutan Hari Raya pada malam itu. Apa yang pasti kesepakatan dan kehadiran yang ditunjukan pada malam tersebut memberi gambaran dan impak yang amat baik kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti, InsyaAllah.
Sememangnya sambutan hangat dari masyarakat setempat pada malam tersebut telah juga berjaya menarik kehadiran masyarakat dari pelbagai bangsa termasuk Cina, India serta berbeza latar usia bersama menyerikan majlis pada malam itu. Pelbagai juadah telah disediakan diantaranya seperti Sate, Bihun Sup, Lemang, Nasi, Lauk pauk, Rendang, Keropok Lekor ,Kuih Muih, aneka buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.
Kemeriahan jamuan raya pada malam itu turut diceriakan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Secara keseluruhannya kegembiraan jelas terpancar disetiap wajah yang hadir pada malam itu.
Sdr Ammar Rosdy bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
1 ulasan:
malamtu saya dan keluarga cuba cari tempatnya kat mane tapi tak jumpe.takpele tak de rezeki.lain kali le.
Catat Ulasan