SHAH ALAM – Tindakan UMNO menggunakan medium media rasminya melaporkan kononnya calon Pas bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamed pernah ditangkap khalwat membuktikan parti itu semakin tertekan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan terdesak UMNO dengan memulakan strategi menyerang peribadi calon menunjukkan mereka semakin tertekan menghadapi pilihan raya kecil tersebut. “UMNO tidak ada isu untuk menyerang Pas dan calon parti. Oleh itu mereka membuat fitnah kononnya calon pernah ditangkap khalwat bagi mengalih isu dan mendapat sokongan rakyat. “Inilah sikap tidak beretika UMNO yang secara terang menyerang peribadi calon,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Beliau berkata, Pas akan memastikan parti itu tidak menggunakan pendekatan desperado menyerang peribadi calon UMNO dalam PRK DUN Galas. “Itu tindakan tidak beretika yang tidak mendatangkan keuntungan. “UMNO mengumumkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah PRK DUN Galas pun Pas tidak membuat serangan peribadi,” katanya. Menurutnya, tindakan desperado UMNO menggunakan strategi menyerang peribadi calon dan parti tidak akan memberi keuntungan sebaliknya memberi kelebihan kepada Pas. Mustafa turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan UMNO tersebut memandangkan parti itu semasa Perhimpunan Agung UMNO yang masih berlangsung berikrar dan menyokong demokrasi. “Perhimpunan Agung masih belum selesai sudah mula serang peribadi. “Di mana janji perwakilan UMNO mahu berubah, berdisiplin dan beretika?,” katanya |
. |
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan