Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 16 Oktober 2010

Agenda utama Bajet 2011 meringankan kos hidup rakyat..dengan mengambil dana rakyat untuk pemerintah..!!!

Utusan Malaysia


16 OKT — Pembentangan Bajet 2011 semalam mencerminkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kesejahteraan rakyat semua peringkat.
Sebagaimana dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2011, kerajaan BN akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh amanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanangkan oleh pembangkang.
Setiap kali bajet dibentangkan, banyak yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Hal ini terserlah dalam intipati bajet kali ini apabila banyak insentif diberi kepada rakyat.
Bajet 2011 yang dirancang secara terperinci ini dilihat mempunyai misi untuk transformasi kita semua ke arah status negara maju berpendapatan tinggi.
Syukur, dalam situasi ekonomi yang agak mencabar, Perdana Menteri dan barisan Kabinet kita tidak kering idea. Selama 18 bulan, negara kita berjaya dibawa keluar daripada kemelesetan ekonomi dalam tempoh yang singkat.
Ini mendorong kerajaan lebih memikirkan langkah-langkah ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi.
Bajet tahun hadapan ini berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi membolehkan peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Tumpuannya juga mengambil falsafah konsep 1Malaysia untuk memandu hala tuju negara.
Dalam konteks ini strategi bajet kali ini menekankan pembangunan modal insan, mensejahterakan hidup rakyat, memantapkan perkhidmatan awam dan membantu pihak swasta memainkan peranan sebagai enjin pembangunan.
Selain itu, langkah-langkah konkrit menangani peningkatan kos sara hidup turut dibentangkan. Bagai memastikan kualiti hidup rakyat, maka peruntukan yang cukup disediakan untuk program rakyat.
Melihat daripada apa yang dibentangkan rasanya bajet kali ini memberi manfaat dan khabar gembira apabila beberapa bebanan yang ditanggung oleh rakyat diringankan melalui pemotongan cukai-cukai berkaitan pengguna.
Dengan menaikkan elaun untuk golongan yang berkhidmat untuk rakyat seperti ketua kampung, tok batin, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), guru Kafa dan lain-lain, diharap mengurangkan bebanan kewangan mereka yang turut menabur jasa kepada negara.
Pelepasan dan pengurangan cukai barangan keperluan dilihat meringankan kos hidup rakyat untuk membeli barangan keperluan harian.
Ketiadaan kadar tol baru selama lima tahun bagi empat laluan lebuh raya kendalian PLUS juga sedikit sebanyak meringankan pengguna utama lebuh raya utara selatan tanah air kita ini.
Inilah langkah permulaan kerajaan untuk merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai rakyat berpendapatan tinggi.
Hal ini diperkukuh dengan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara.
Apa yang ketara dalam Bajet 2011 ialah tradisi kuat kerajaan BN untuk terus membela rakyat. Itulah keistimewaan bajet negara kita yang biasanya boleh dianggap pemurah berbanding kebanyakan negara lain.
Kita dapat rasakan peruntukan bajet tahun hadapan memperlihatkan kesungguhan Najib hendak menerapkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Sebab itu rakyat mesti melihat manfaat yang diperoleh dalam pembentangan bajet ini. Inilah komitmen jitu kerajaan BN bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Tiada ulasan: