Oleh Dzulkarnain Taib KUALA LUMPUR 28 Okt - Kalangan ahli parlimen Barisan Nasional melahirkan rasa tidak puas hati secara senyap apabila timbul desas desus isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama 'Dunia Ketiga' yang glamer baru-baru ini.
Oleh kerana intipati Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober lalu memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak maka timbul dakwaan bahawa peruntukan Permata telah digunakan.
Malah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.
Apa yang mengecewakan kata Zuraida kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah sasau apabila tidak tahu menentukan perkara yang mana perlu didahulukan.
"Ahli Parlimen Lubuk Antu tadi ada menyebut di kawasannya, di sesetengah tempat tidak mempunyai sekolah dan ada tempat, murid terpaksa berkongsi meja.
"Macam-macam yang tidak ada tetapi RM24 juta dibelanjakan untuk 'First Lady Summit".
Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliau berlagak ala Wanita Pertama Malaysia.
"Ramai rakyat sedang menunggu kenyataan maaf daripada penganjur tetapi masih memekakkan telinga. Dulu Islam Hadhari sekarang Islam First Lady," ujar Zuraida ketika membahas Bajet 2011, petang semalam.
Perdana Menteri ujar beliau dalam menjawab soalan berhubung siapakah 'First Lady' Malaysia telah menjelaskan kononnya jolokan Wanita Pertama tidak boleh mengatasi Pemaisuri Agong.
"Datuk Yang DiPertua, saya ingin tahu sekolah mana yang mengajar ada nombor lain sebelum nombor satu, mungkin Permata kot - merujuk kepada program Rosmah yang mendapat peruntukan RM111 juta dalam Bajet 2011," ujar Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
1 ulasan:
jangan mare si first bitch ni..
buat sakit hati..sakit jiwa je...
doakan agar dia diambil nyawa secepatnya,,,sekali dengan najis tu..dgn family nya sekali..kalau tidak nanti ada future pm pulak..
YA ALLAH MUSNAHKAN KAH NAJIB RAZAK DAN KELUARGANYA SEKALI DEMI ISLAM KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA.
AMIN
Catat Ulasan