Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 24 Oktober 2010

Najib perlu tarik balik kenyataan !!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj4776dJx4EK6dZvWjxVIBvT0I0dzFEJBDueF7_J3HgTrZlxH95-gTQwAazj5AjNyIYgGyLB_dhObAtAdW0JIxBSqv1cQdpYzBSJF_KLHLPMm5sonvsxtEYA2dWKCAttbScyexjV0L3HU/s1600/perdaya.gif

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik kenyataannya yang dibuat di Perhimpunan Agung UMNO dua hari lalu yang menunjukkan seolah-olah UMNO sanggup buat apa sahaja untuk pertahankan kuasa sebagai pemerintah.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR mahu Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memberi jaminan jika perubahan kerajaan Persekutuan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kuasa secara terhormat.

Beliau berkata, kenyataan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO itu jelas mengundang persepsi negatif dalam kalangan rakyat kerana ia seakan-akan menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa.

“Kenyataan Najib itu bertentangan dengan semangat Demokrasi Berparlimen yang mendasari sistem pemerintahan negara sejak merdeka hingga kini.

”Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kerajaan Persekutuan dalam PRU akan datang, UMNO dan BN wajib menerima keputusan tersebut secara matang dan rasional atas semangat demokrasi dan keluhuran Perlembagaan,” katanya.

Katanya, hanya rakyat yang berhak menentukan parti mana harus diberi mandat untuk memerintah negara ini.

Pada ucapan dasar Presiden, Najib meminta ahli UMNO pertahan Putrajaya daripada sebarang cubaan merampasnya.

Antara lain, beliau berkata: ‘Walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dari nyawa, walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan’.

Tiada ulasan: