Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 11 Oktober 2010

Pemilihan oh Pemilihan



I
Bila memilih pemimpin
Pilih yang berbakat
Pilih yang berkebolehan
Pilih yang berakhlak mulia

II
Berbakat
Bersolat
Berbekalkan niat
Beramal ibadat
Berkebajikan kepada rakyat
Berbaik sesama ahli parti
Bersih hati
Jauh daripada irihati

III
Berkebolehan
Membawa perubahan
Kepada ahli
Kepada parti
Kepada Pakatan Rakyat

Jauh daripada khianat
Jauh daripada hasad dengki
Jauh daripada mainan kayutiga
Ahli parti dianggap keluarga
Mudah jalan ke syurga

IV
Berakhlak mulia
Taat dengan perintah Allah
Bersedia mendengar nasihat
Daripada orang bawah
Bebas daripada unsur rasuah
Beramanah
Berjiwa mut'mainah

V
Bila ada ciri-ciri ini
Mudah dibina masyarakat madani
Inilah hasrat "reformasi"
Berkonsepkan 3B
Berubah
Berpadu
Berkat

VI
Berubah untuk kebaikan
Berpadu untuk kesejahteraan
Berkat untuk kebajikan rakyat sekalian
Inilah asas pemilihan
Baru bererti Keadilan

Tiada ulasan: