Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar momerandum kepada Mufti Perak Pagi tadi
MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN
PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI
MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD
S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI
BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN
KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE
TIANG SERI RUMAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik
perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara
dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin
untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga
menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-dua
perbuatan dan isu tersebut.
2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung
Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah
menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di
Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Majlis tersebut secara jelas
telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian
yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah
dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik
diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak
menutup aurat.
Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program
Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung
Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara
meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan
amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri
dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan
kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada
rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta
sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa
yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.
2 ulasan:
jangan kacau, pak mufti tengah cari jawapan....
Pakatan rakyat yang bangsat kami bagi jawapan sila ke blog http://kedahkekl.blogspot.com/2010/10/tergolek-jawapan-kepada-fitnah-islamic.html
Untuk jawapan kepada pemfitnah yang paling celaka
Catat Ulasan