Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 1 Januari 2010

Wahai Zulkifli Nordin, Usah campur tangan pentadbiran Pas- Salahuddin Ayub

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/11/zul-gila.jpg

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, dinasihatkan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Pas di Kelantan kerana ia boleh menyebabkan timbulnya banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, campur tangan Zulkifli itu tidak membawa faedah, malah boleh menjejaskan hubungan baik antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Beliau tidak sepatutnya campur tangan sama ada melalui blog atau lain-lain cara. Lebih baik beliau tumpu kepada isu lain daripada ambil tahu pentadbiran Pas di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Semalam, Zulkifli mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pelantikan menantu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, untuk membongkar kebenaran.

Zulkifli mendakwa, dari segi undang-undang, pelantikan menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Ab Rahman itu melanggar akta SPRM dan adalah kesalahan jenayah. Malah, sejak (dakwaan) penyelewengan itu didedahkan, seorang demi seorang tokoh Pas di Kelantan tumbang.

1 ulasan:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) berkata...

Wahai Paeh,

Apa pandangan Paeh pasal ini? Ini baru peringkat siasatan belum lagi ke mahkamah dah kata campur tangan.

Apa kata pemimpin UMNO yang lakukan?

Nak buat reformasi lagikah? Nak baring atas jalankah? Buat sepanduk gila-gilakah?

Kalau berjuang demi Islam, sama ada ulama atau tidak kita perlu terima dengan hati terbuka walaupun ia melibatkan bapak guru sekalipun dan ia perlu disiasat untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Kalau terkena muka sendiri baru tahu langit tinggi rendah dan ini belum lagi memerintah negara.

Nak tanya sikit? Apa macam dengan RM800 juta? Dah tahukah atau buat tak tahu?

Siapa yang buat angkara? Sudah tentu Paeh jawab yang tulah.....

Yang pasti bukan parti aku.

Saya minta Paeh tulis tentang sejarah berlakunya RM800 itu. Ini cerita sejarah di Kelantan bukan di Perak atau di mana2 selain Kelantan.

Berjuang untuk Islampun janganlah buat karut marut seperti pemimpin PAS bercerita mengenai sejarah bagaimana PAS dipecat keluar dari BN lama dulu.

Macamlah sejarah ini menipu bagaimana PAS ditendang keluar BN disebabkan PAS berjuang untuk Islam.

Itulah hujah kami. Kalau tak percaya sila cerita sedikit bagaimana PAS disepak keluar dari BN?

Sila sediakan karangan tersebut.

Sekian.