Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 13 Januari 2010

Peruntukan program 'Juara Rakyat' dipersoal



SHAH ALAM – UMNO perlu memperjelaskan sumber peruntukan yang diperoleh bagi membiayai program ‘Juara Rakyat’ bagi mengelakkan syak wasangka bahawa wang rakyat disalahgunakan demi kepentingan politik mereka.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, UMNO juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera parti itu.

Menurutnya, sekiranya perkara itu diperjelaskan, barulah UMNO boleh mendabik dada sebagai juara rakyat sebagaimana yang diuar-uarkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Program Juara Rakyat telah dilancarkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Sabtu lalu.

Sewaktu merasmikan program tersebut, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaik pilih 52 blok pangsapuri di sekitar kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

:"Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain termasuk peruntukan RM15.6 juta untuk membaiki pangsapuri, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?.

"Persoalannya ialah kalau UMNO hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri,” katanya.

:Beliau turut menyifatkan program Juara Rakyat merupakan usaha terdesak UMNO untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti itu selepas ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu.

bukan juara rakyat tapi jual rakyat !!!!!!!!!

Tiada ulasan: