Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 11 Januari 2010

Anwar kecam serangan penganut agama Kristian

http://amkpermatangpauh.files.wordpress.com/2009/07/20090713114013_anwar_ibrahim1.jpg

SHAH ALAM- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan penganut agama Kristian dan beberapa gereja di Malaysia.

Ketua Pembangkang itu berkata, serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.

“Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing.

“Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu.

“Walau bagaimanapun, saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat.

“Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan,” katanya.

Tiada ulasan: