Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 12 Januari 2010

TG Nik Aziz tidak mahu campur tangan peletakan jawatan anaknya

http://malaysianstory.files.wordpress.com/2009/11/nik_aziz_new1.jpg [nik-abduh.jpg]

KOTA BAHARU - Menteri Besar ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam isu peletakan jawatan anaknya, Nik Mohd Abduh, sebagai ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Menurutnya, perkara itu adalah di luar tanggungjawabnya walaupun beliau seorang bapa kerana anaknya sudah dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri.

"Dia seorang peniaga, mungkin dia ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaannya, molek juga dia letak jawatan kerana tidak mengganggu tugasnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Nik Mohd Abduh telah melepaskan jawatan sebagai ahli majlis MPKB dan sebagai Pengarah Binaraya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PKINK.

Ditanya sama ada keputusan anaknya untuk meletakkan jawatan itu pernah dibincangkan dengannya Nik Aziz berkata beliau tidak boleh mencampuri urusan begitu kerana anaknya itu sudah dewasa.-Bernama

Tiada ulasan: