Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 21 Januari 2010

TG Nik Aziz tuju doa ‘cah keting’ kepada UMNO- Husam

http://manjanik.files.wordpress.com/2007/07/doa-tg.jpg
KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa menjelaskan doa ‘cah keting’ yang dibacakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu ditujukan kepada UMNO yang mahu menjahanamkan pemimpin Pas Kelantan.

Husam berkata, doa itu diamalkan Nik Abdul Aziz sejak lebih 30 tahun lalu untuk mengelak ‘tikaman dari belakang’ dan bukannya merujuk kepada budaya cantas mencantas dalam Pas.

“Doa ini dibacakan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sejak 30 tahun lalu yang bermaksud ‘janganlah kawan-kawan kami menikam dari belakang’, yang menikam Tok Guru dari belakang ialah UMNO. Kita akan terus bersatu untuk menahan tikaman ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat dewan harian Pas di sini, semalam. :

Husam berkata, UMNO memainkan peranan dan berada di sebalik pelbagai isu yang melanda pentadbiran Pas Kelantan sekarang.

Minggu lalu akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengakui wujudnya budaya ‘cah keting’ sehingga menimbulkan kepincangan dalam Pas.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan ‘cah keting’ Jumaat lalu.

Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, kepimpinan Pas negeri telah bersatu untuk menghadapi serangan untuk meruntuhkan kepimpinan Nik Abdul Aziz di negeri ini.

“Sekarang yang penting ialah Tok Guru, saya akan mempertahankannya dan beberapa kali saya beritahu Tok Guru saya akan pertahankannya sehingga saya rebah dulu sebelum UMNO jahanamkan Tok Guru.

“Ini semua dilakukan supaya UMNO boleh berkuasa semula di Kelantan dan ia jelas dalam beberapa isu yang dibangkitkan tidak konsisten,” katanya.

Tiada ulasan: