Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 16 Januari 2010

Sekitar Ceramah Ustaz Idris Di Changkat Larang



Pas kawasan Changkat Larang telah mengadakan ceramah umum isu semasa sebentar tadi..
Pas Kawasan telah menjemput Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye, Setiausaha Perhubungan Pas Perak Ustaz Misbahul Munir dan Bekas calon Pas dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi Zainon sebagai penceramah jemputan. Seramai 900 orang telah hadir ke ceramah tersebut

Penceramah pertama iaitu Ustaz Ir Radzi telah menjelaskan isu semasa seperti YB Hamidah mencorobohi surau , jet hilang dan isu ketua Bahagian Umno mendapat tanah . Ustaz Radzi juga memaklumkan bahawa Pakatan Rakyat telah memberi sumbangan sebuah rumah kepada sebuah keluarga daif. Majlis penyerahan kuci rumah telah diadakan pada petang hari tersebut. Banyak lagi pihak yang memerlukan yang akan dibantu oleh Pakatan Rakyat.

Dr Lee Boon Chye telah memperjelaskan tentang isu kes liwat DS Anwar. Beliau juga memberi jangkaan bahawa kerajaan BN (barang naik) akan menaikkan harga barang seperti petrol , gas memasak dan cukai tol. Inilah hadiah kerajaan kepada rakyatnya sejajar dengan konsep 1 Malaysia kononnya.

Ceramah Ustaz Misbahul Munir lebih kepada pilihanraya yang akan diadakan jika pembubaran dun berlaku. Beliau optimis PR akan menang jika pilihanraya diadakan. Beliau yakin PR akan mengekalkan kerusi yang dimenangi. Dan percaya PR akan dapat memenangi Enam kerusi dun yang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang sedikit. Misalnya di Dun Sungai Rapat, Dun Pengkalan Bharu , Dun Rungkup , Dun Manjoi dan Dun Trong.

Ketua Peneranagan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah memperjelaskan pelbagai isu. Antaranya ialah isu yang sedang hangat ketika ini iaitu penggunaan kalimah ALLAH. Beliau juga menceritakan bahawa umNOlah yang mengkhianat bangsa dan agama. Contohnya rizab tanah melayu yang dijual kepada orang bukan melayu. Beliau juga tidak ketinggalan untuk menceritakan tentang isu kehilangan enjin jet. Beliau berkata mustahil tentera yang berpangkat sarja yang menjual enjin tersebut. 'Umno ni tak reti menipu,' kata Ustaz Idris.

Ustaz Idris juga telah melancarkan 'Orang Muda Geng Kita' kawasan tersebut.


pelancaran orang muda geng kita




konvoi motor besar


antara yang hadir










1 ulasan:

Hang horatio berkata...

siang mlm ceramah hadir..muka yg sama pulak 2..hehe.seluar pendek 2 nek moto leh ke?hope nik ajis kuar kan fatwa bru penggunaan seluar pendek di benarkan.bru lah rmai pemuda hampaaaaaaa join pas lpas ni.kipas lipas.he