Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 4 Januari 2010

Setiausaha politik baru TG Nik Aziz mula bertugas

http://ridzuan1706.files.wordpress.com/2008/10/tg_nik_aziz.jpg

[wannik_yusof.jpg]



KOTA BAHARU - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yussoff, 49, memulakan tugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, menamatkan teka teki siapa yang mengambil alih jawatan itu.

Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar, Wan Nik yang juga Setiausaha Pilihan raya Pas Pusat berkata, beliau memulakan tugas dengan membantu mengendalikan Menteri Besar mengadakan sidang akhbar.

Jawatan baru disandang Wan Nik berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Wan Nik, yang juga bekas Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Pas Kelantan, menggantikan Annual Bakhri Haron meletak jawatan lebih awal pada 31 Disember lepas, meskipun kontraknya tamat pada Februari depan atas sebab-sebab peribadi kerana ingin menumpukkan perhatian kepada anaknya yang sedang sakit.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaakub, 40, yang turut meletakkan jawatan itu mengesahkan beliau akan mengosongkan pejabatnya untuk kembali bertugas sebagai pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Februari depan.

Manakala, Mohd Saiba berkata, jawatan sebagai pensyarah lebih sesuai baginya berbanding jawatan sekarang yang disandangnya sejak 2007 lalu. –Bernama

Tiada ulasan: