Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 19 Januari 2010

DS Nizar akui sokongan melayu di pedalaman kepada PR semakin merosot

http://farm4.static.flickr.com/3597/3608270144_75921c4d60.jpg

IPOH- Menteri Besar yang sah, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut DS Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang dirampas setelah 3 adun keluar parti dan menjadi adun bebas yang menyokong be-end.


DS Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Haram Zambry Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan DS Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry haram sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tiada ulasan: