Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 6 Januari 2010

Program " UMno Jaguh Rakyat " bukti BN pinggir parti komponen


http://www.marhaen.info/v2/1malaysia_didungukan1.jpg



KAMPUNG TUNKU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San mendakwa, program ‘UMNO Jaguh Rakyat’ (UJR) menunjukkan Barisan Nasional (BN) meminggirkan parti komponen lain dalam BN.

Katanya, ia dibuktikan melalui kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan bahawa program berkenaan tiada kaitan dengan kerajaan dan BN kerana ianya adalah program UMNO seratus peratus.

Wang San berkata, kenyataan Ahmad memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan penyertaan daripada parti komponen BN lain.

“Adalah mustahil untuk UMNO tidak melibatkan rakannya dalam program yang begitu besar dengan kehadiran Perdana Menteri sendiri di mana sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), organisasi dan individu persendirian.

“Kita harus ingat bahawa calon BN untuk kawasan Parlimen Hulu Selangor selama ini adalah wakil daripada MIC.

“Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Selangor adalah Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC,” katanya ketika mengulas penganjuran program berkenaan di Hulu Selangor baru-baru ini.

Selain itu, katanya, terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor di mana salah satu kerusi DUN iaitu Kuala Kubu Baru dimenangi oleh wakil daripada MCA, Wong Koon Mun.

“Adalah tidak masuk akal untuk UMNO menjalankan satu program di Hulu Selangor yang boleh dikira sebagai terbesar dalam sejarah UMNO tanpa penglibatan daripada parti komponen BN lain, melainkan UMNO merancang ‘membelakangi’ rakan seperjua ngan mereka dalam BN.

“Fenomena ini turut memperlihatkan kepincangan BN sebagai satu platform politik yang berwibawa dan berintegriti dalam memerintah Kerajaan Pusat.

“Keadaan ini harus difikirkan oleh pemimpin parti komponen bukan UMNO di dalam BN untuk meneliti semula kedudukan mereka di dalam BN,” katanya.

Tiada ulasan: