Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 20 Januari 2010

Qaradawi pertahan fatwa tembok besi di Gaza



KAHERAH - Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mempertahankan fatwa beliau yang menentang keputusan Mesir membina tembok besi di sempadan Gaza sebagai bukan bermotif politik.

"Tujuan saya hanya untuk Islam. Seseorang Islam dilarang daripada menyusahkan saudaranya," tulis beliau dalam laman webnya.

"Pembinaan tembok seperti itu akan menghalang semua usaha untuk membantu mereka (penduduk Palestin di Gaza) dan menyumbang kepada kepungan ke atas Gaza selain memburukkan penderitaan mereka," katanya.

Sheikh Yusuf berkata, satu-satunya pihak yang memperoleh keuntungan daripada pembinaan tembok itu ialah Israel yang meneruskan kepungan ke atas Gaza.

Menurutnya, orang Islam adalah saudara seagama dan menjadi tanggungjawab Mesir untuk membantu rakyat Palestin di Gaza, bukannya menyumbang kepada usaha menghapuskan mereka.

Beliau menolak fatwa Sheikh Al-Azhar yang menyokong pembinaan tembok besi berkenaan.

Pembinaan tembok itu dikecam keras oleh pelbagai negara dan pertubuhan di seluruh dunia.

Tiada ulasan: