Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 2 Januari 2010

RoadTour terakhir Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Negeri Perak - Ceramah Isu Semasa di Batu Gajah

RoadTour Naib Presien Pas, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man di Negeri Perak berakhir di Ceramah Umum dan Isu Semasa di Kampung Seri Jaya, Batu Gajah Perak. Sebelum ke Batu Gajah, Tuan Ibrahim telah pergi ke 8 buah program di seluruh negeri Perak.

Ceramah ini diadakan di hadapan sebuah rumah AJK Pas Kawan Batu Gajah. Penceramah pada malam itu ialah YDP Pas Kawasan Gopeng yang juga bekas Calon Pas di Dun Sungai Rapat Ustaz Ir Radzi, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Ustaz Akmal dan Naib Presiden PAS pusat Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Batu Gajah Sdr Kamarul Zaman telah menjadi pengacara majlis ceramah itu. Ketua DPPK Batu Gajah, Sdr Rosdy Abdullah telah menjadi wakil Pas Kawasan Batu Gajah untuk memberi ucapan alu- aluan. Sdr Rosdy mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana telah memberi permit untuk mengadakan ceramah tersebut.

Selepas itu, Ustaz Ir Radzi telah menyampaikan ceramah walaupun kurang sihat. Pelbagai isu yang telah Ustaz ceritakan.

Selepas itu, Ustaz Akmal telah memberikan ceramah. Ustaz Radzi berpesan kepada rakyat negeri Perak supaya tidak melupakan kekejaman rejim UMNO/BN di Perak.

Selepas itu, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man telah melancarkan 'Orang Muda Geng Kita' kawasan Batu Gajah diiringi dengan lagu rasmi PAS.

Selepas itu, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan merasmikan baju 'Orang Muda Geng Kita'. Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah memakai baju tersebut secara serentak.

Seterusnya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Nuri al Amin Endut telah memberi cenderahati bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pera kepada Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selepas itu, Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyampaikan ceramah. Tuan Ibrahim memberi banyak ilmu dan info kepada semua yang hadir. Banyak berita isu diceritakan. Antaranya ialah kehilangan enjin jet dan banyak lagi. Orang ramai yang hadir sangat khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim memberi ceramah hungga pukul 12.00 a.m.

Selepas itu, orang ramai berebut- rebut untuk bersalam dan bergambar dengan Dato' Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man. Wartawan Sinar Harian telah menemu bual beliau dan seterusnya Tuan ibrahim telah pergi makan malam di sebuah restoran. tamat.




menjamu selera sebelum ceramah



Anak Rosdy dan Anak Razman sedang menjual baju



baju yang dilancarkan. Jika ingin membeli baju ini hubungi Sdr Rosdy di talian 0135100510



Ustaz Azmin menjual produknya



jika ingin beli produk ini, hubungi Ustaz Azmin di talian 0195297917



menunggu penceramah sampai



Usraz Bakar san Kudus (ajk PAS Batu Gajah)



Ustaz Nuri bersama Sdr Rosdy



Pengerusi majlis, Sdr Kamarul Zaman



Sdr Rosdy telah memberi ucapan kata alu- aluan



Ustaz Ir Radzi sedang menyampaikan ceramah



ketibaan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man





Penceramah pada malam itu



bersama mandan YDP Pas Kawasan Batu Gajah



Ustaz Akmal memberikan ceramah



Pelancaran Orang Muda Geng Kita kawasan Batu Gajah yang dilancarkan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man





Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan baju Orang Muda Geng Kita





Ustaz Nuri telah memberi cenderahati kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man






Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sedang memberikan ceramah





berdoa kepada Allah S.W.T





antara orang yang hadir










pejuang rakyat !!!!



memimpin perubahan



bersatu menegakkan ISLAM



orang berebut rebut untuk bersalam dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man









wartawan sedang menemu bual Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man







wartawan bergambar dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man






Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pulang..

Tiada ulasan: