Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 11 Januari 2010

Kereta Penulis Kickdefella Dibaling Kapak

Beberapa anggota polis berpakaian preman membuat pemeriksaan di rumah penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz apabila kenderaannya dibaling dengan kapak di kediamannya di Kampung Demit dekat sini, malam tadi. Kejadian itu berlaku kira-kira 10.50 malam ketika mangsa dilaporkan berada di dalam rumah dan menyedari sesuatu berlaku di luar rumah sebelum keluar dan melihat cermin belakang kenderaan jenis pelbagai guna


KOTA BAHARU: Kereta penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang sering mengkritik pelbagai pihak termasuk pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dalam blognya, dibaling dengan kapak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Zahruddin Abdullah berkata, kejadian itu berlaku kirakira pukul 10.50 malam di kediaman penulis blog itu di Kampung Demit, dekat sini.

"Ketika kejadian mangsa dilaporkan berada di dalam rumahnya dan menyedari sesuatu berlaku di luar rumah sebelum keluar dan melihat cermin belakang kenderaan pelbagai guna (SUV) miliknya pecah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan kecuali kerosakan kenderaan terbabit dan polis sedang menyiasat motif kejadian terbabit, katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Sementara itu Syed Azidi yang ditemui di kediamannya berkata ketika kejadian beliau berada di dapur dan terdengar bunyi dentuman besi dan deraian kaca yang pecah.

"Saya kemudian menjenguk melalui tingkap dan melihat sebuah kenderaan sedang bergerak melepasi rumah saya menyebabkan saya menyangka berlaku kemalangan kenderaan lalu saya membuka pintu rumah untuk melihat," katanya.

Beliau berkata sebaik pintu dibuka, beliau melihat sebuah kenderaan yang sedang bergerak dari kawasan rumahnya membuat pusingan U dan menghala semula ke arah rumahnya.

"Saya perasan pemandu itu melihat saya dan membuat pusingan U sebelum memberhentikan kenderaannya beberapa meter dari rumah saya sebelum beredar," katanya.

Ditanya sama ada motif insiden terbabit berhubung kait dengan beberapa kenyataan lantang yang dikeluarkan melalui blognya, Syed Azidi berkata beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasatnya. BERNAMA

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Sekarang politik pun bermain dengan kapak yang dipanggil politik kapak.

Ini berlaku di Kelantan sebuah negeri Islam tajaan PAS. Agaknya pertama kali berlaku di Malaysia.

Mungkin Paeh berpendapat bahawa kapak itu patut dibawa ke Perak.

Di negeri lain setakat ini tidak ada politik kapak.

Apa yang perlu diberi perhatian sekarang ini kepada siapa jari patut dituding.

Biasanya boleh jadi UMNO.

Selalunya blog politik seperti ini tidak lebih daripada propaganda, persepsi dan retorik.

Apakah blog ini bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara? Rasanya tidak.

Mentaliti orang Melayu memang begitu. Kalau buat sesuatu tanpa berfikir dahulu.

Kalau dilihat blog pro PAS ini memang tidak wajar dijadikan sumber pengetahuan.

Sebabnya mudah.

Kosong dengan ilmu dan fakta.

Itu saja.

Sekian.