Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 9 Januari 2010

Dua ADUN PAS beri penghormatan terakhir kepada penyokong PAS yang meninggal dunia

BAGAN SERAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan ADUN Selinsing, Husin Din antara pemimpin kawasan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua penyokong Pakatan Rakyat yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Husin berkata, salah seorang daripada mereka adalah ahli Pas yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap program di sekitar kawasan Bagan Serai.

Menurutnya, Allahyarham Baharin adalah penduduk di kawasan Parit Gabis Atas meninggal dunia setelah koma selama dua hari selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari ketika dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat subuh.:

“Allahyarham adalah seorang yang disenangi dan sentiasa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pas.

“Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak yang kesemuanya masih bersekolah,” katanya.

Beliau berkata, bagi meringankan beban keluarga Allahyarham, Pas kawasan Bagan Serai khususnya Lajnah Kebajikan Pas Kawasan serta Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda akan cuba menyalurkan bantuan selain memastikan pembelajaran anak-anaknya dapat diteruskan.

Sementara itu, pada sebelah petang, Ramli dan Husin turut menziarahi ahli Dap Bagan Serai, George di mana ibunya meninggal dunia kerana uzur.

Tiada ulasan: