Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 10 Januari 2010

Pelaku provokatif mesti disiasat - PR Perak



http://zainulfaqar.files.wordpress.com/2009/11/abu-bakar.jpg?w=157&h=180http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/05/ngeh3.jpghttp://www.facebook.com/profile/pic.php?oid=AAAAAQAQZJWDbuyEqn62LPaFXmjWKgAAAArxwirAc6QTKbyhbCwSG1QV&size=normal

IPOH – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak semalam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyerang dan cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara, kelmarin.

Ketiga-tiga pimpinan tertinggi PR iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain; Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub mengeluarkan kenyataan bersama yang mengecam tindakan ganas berkenaan.

“PR Perak sangat kesal dengan kejadian itu kerana dalam keadaan rakyat Malaysia dan Perak yang cintakan kepada keamanan dan ketenteraman, perkara sedemikian boleh berlaku.

“Segala tindakan yang bertentangan dengan hasrat itu adalah amat dikesali dan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan itu,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abu Bakar dipetik sebagai berkata, segala tindakan kekerasan yang bertentangan undang-undang Malaysia dan ajaran Islam mestilah ditangani dengan sebaik mungkin dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Katanya, mereka yang melakukan tindakan provokatif dengan cara ‘baling batu sorok tangan’ itu mestilah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

PR Perak berpendapat meja rundingan mesti didahulukan dengan semua pihak tidak mengira agama dan kaum duduk bersama bagi menyelesaikan masalah ini.

“Inisiatif ini mesti diambil oleh pihak kerajaan selain pandangan semua pihak hendaklah diambil kira.

“Kami yakin dengan tahap keamanan negara yang dicapai selama 52 tahun, ia mampu dikekalkan,” katanya.

Justeru, sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu ketenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

PR Perak juga mengharapkan supaya segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan diambil secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek.

Tiada ulasan: