Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 11 Januari 2010

Sdr Amran Harun (pembantu peribadi DS Nizar) menyampaikan Ceramah dan penerangan isu semasa di Markas Pas Kawasan Batu 1





Pembantu Peribadi Menteri Besar Perak yang sah Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, Sdr Amran Harun telah hadir ke Markas PAS Batu 1 untuk menyampaikan ceramah isu semasa dan penerangan gerak kerja pas kawasan tersebut. Ramai Ahli-ahli Pas hadir ke program tersebut. Program tersebut bermula lewat kerana Sdr Amran ada hal lain yang perlu dihadiri.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Kawasan Kampar telah menceritakan isu- isu semasa seperti isu kalimah ALLAH, enjin jet hilang dan sebagainya. Beliau juga menerangkan tentang tuduhan UMNO/BN yang mengatakan DS Nizar boneka kepada cina (DAP). Beliau memberikan hujah untuk menafikan tuduhan tersebut. Beliau menyeru kepada ahli- ahli Pas kawasan tersebut untuk menggunakan hujah beliau untuk menafikan tuduhan tersebut kepada orang- orang UMNO/BN.

Beliau menyeru agar Ahli- ahli PAS terus berdakwah dan berusaha untuk menarik pengundi- pengundi mengundi Pas. Beliau telah memberikan tips dan gerak kerja yang perlu dilakukan oleh Ahli- ahli PAS kawasan tersebut.









Sdr Amran sedang memberikan ceramah


antara yang hadir












Yang Dipertua Pas Sentang


bersurai

Tiada ulasan: