Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 25 Januari 2010

Tiada ‘cah keting’ dalam Pas Kedah- Ustaz Azizan




ALOR SETAR - Amalan ‘cah keting’ atau budaya cantas-mencantas tidak berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Pas Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, amalan itu mungkin berlaku di negeri lain, tetapi Kedah menolak amalan itu.

“Saya tidak mengamalkan ‘cah keting’ di Kedah, dan ia bukan budaya yang dipraktikkan di Kedah,” katanya mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui wujudnya budaya negatif itu dalam Pas.

Azizan berkata, barisan pimpinan Pas Kedah tidak memerlukan amalan sebegini kerana tiada masalah dalaman parti yang memungkinkan perkara itu berlaku.

“Kedah tiada masalah dalaman parti, tak perlu. Setiap negeri ada hak masing-masing untuk praktikkan apa sahaja amalan yang difikirkan sesuai. Kita tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri lain,” katanya.

Ketua Penerangan Pas Negeri Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh sebelum ini tidak menolak kemungkinan amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas wujud dalam Pas. Bagaimanapun katanya, perkara itu berkemungkinan besar berlaku kepada sebilangan kecil mereka yang tidak mengikut prosedur tarbiyah (pendidikan) Pas sebagaimana sepatutnya.

Tiada ulasan: