Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 3 Januari 2010

Gegar tuntut keadilan untuk Penasihat PKR


IPOH - Satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar) akan dilancarkan dengan memfokuskan soal keadilan untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anuar Ibrahim yang dikatakan sering dicemari konspirasi pihak Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Keadilan Perak, Mustaffa Kamil Ayub dalam pengumumannya melalui sidang akhbar di Wisma Keadilan Perak, semalam berkata, pelancaran Gegar bakal memberi ruang untuk menuntut keadilan terhadap pertuduhan kes-kes yang dialami Anwar berikut terdapat beberapa aspek undang-undang yang membolehkan tuduhan digugurkan.

“Dalam konteks Gegar, kami telah mula mengadakan ceramah-ceramah di setiap bahagian dan mengedarkan risalah-risalah kesedaran dalam mendedahkan konspirasi tersebut.

“Kami juga akan menaikkan sepanduk dan kain rentang di seluruh Perak sebagai sokongan kami terhadap Anwar Ibrahim,” katanya.

Mustaffa berkata, acara kemuncak Gegar dijadualkan pada 22 Januari ini di Pusat Aktiviti Sosial, Cenderong Balai, Sg. Manik.

Menurutnya, perhimpunan yang dikenali sebagai Himpunan Bersamamu Anwar Peringkat Negeri Perak itu akan diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran Anwar sebagai pemidato utama yang pastinya dapat menyuntik semangat ahli-ahli Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk terus memberikan sokongan.

“Pada 25 Januari pula kami akan menggerakkan sebanyak mungkin rakan-rakan dan rakyat negeri Perak untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta sebagai membuktikan sokongan kepada Anwar dalam menegakkan keadilan.

“Dalam tempuh ini juga kami telah memutuskan akan mengadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk mempersembahkan memorandum sebagai merayu pihak Istana agar campur tangan dalam kes ini kerana Paduka Seri Sutan merupakan Ketua Agama,” katanya.

Selain itu dalam mesyuarat pimpinan keadilan negeri perak yang berlansung selama tiga jam itu, mereka turut membincangkan mengenai program aktiviti bertujuan menggerakkan program yang dinamakan ‘Mengakar dan Merimbun’ secara lansung kepada masyarakat.

“Aktiviti ini akan dilancarkan kepada enam buah kawasaan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan DUN Changkat Jering adalah titik permulaan disusuli dengan DUN Kuala Kurau, DUN Sungai Manik, DUn Behrang dan DUN Bukit Chandan.

“Fasa pertama ini lebih menumpukan kepada orang Melayu kerana terdapat sedikit masalah komunikasi mengenai politik kawasan desa lantaran serangan UUMNO kepada Melayu desa yang kononnya Pakatan menderhaka kepada raja dan menganggap Pakatan merupakan tunggangan kepada DAP.

“Objektif akan lebih mendampingi pengundi desa kerana selama ini Umno telah menggunakan saluran media sebagai menyampaikan maklumat yang tidak tepat berbanding dengan laporan media bukan Melayu yang lebih terbuka,” katanya.

Menurutnya, pada 17 Januari satu forom khas mengenai peranan masyarakat India dalam memperkasakan budaya politik baru Malaysia akan diadakan.

Katanya, ini merupakan kaitan dalam kejayaan konvension pertama Pakatan pada 19 Desember di mana sebahagian masyarakat India merasa masih belum dapat menyumbang ideal dan tenaga kepada budaya politik baru Malaysia.

Tiada ulasan: