Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 19 Januari 2010

TM Liga Super - Perak Vs Perlis (review)


TM Liga Super 2009

Selasa 19 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan pertama ketika menentang pasukan Johor tempohari, Perak akan berdepan dengan cabaran sebenar mereka apabila melayan kunjungan Perlis pada perlawanan keempat Liga Super 2010 di halaman sendiri malam ini.

Perak menduduki tangga ke 9 ketika ini manakala Perlis pula di tangga ke 7 setelah seri tanpa sebarang jaringan ketika menentang Kelantan di Kangar sabtu lalu. Dengan diperkuat 4 pemain kebangsaan sudah tentu pasukan Perlis menjadi pilihan pada pertemuan kali ini.

4 pemain Perlis yang menerima hadiah RM 30 ribu setiap seorang dari F.A.M kerana memenangi pingat emas pada Sukan Sea di Laos ialah Farizal Marlias (penjaga gol), Mazlizam Mohamad (pertahanan), Amar Rohidan (tengah) dan Fakri Saarani (penyerang).

Manakala Perak pula memiliki ‘bekas’ penyerang skuad Sukan Sea tersebut yang baru-baru ini telah ‘menghadiahkan’ F.A.M sejumlah RM 10 ribu ringgit sebagai ‘tiket’ untuk tidak menyertai pasukan kebangsaan ke Laos, siapa lagi kalau bukan Razali ‘The Tornado’.

Kehadiran Razali Umar di barisan serangan Perak sememangnya menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan lawan kerana kemampuan beliau menghasilkan jaringan-jaringan yang boleh dikategorikan sebagai ‘ajaib’ ketika pasukan benar-benar memerlukannya.

Ketua Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi mengakui bahawa kehadiran Razali Umar mampu untuk mengubah tahap permainan rakan sepasukan yang lain ke tahap lebih baik walaupun tidak semestinya beliau sendiri (Razali Umar) menjaringkan gol.

“Kehadiran Razali Umar pasti menjadi tumpuan utama pertahanan lawan dan pemain-pemain lain seharusnya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan gol. Ini terbukti apabila Syawan Roslan (pertahanan) menjaringkan gol pertama ketika menentang Johor tempohari”

“Saya mungkin tidak melakukan banyak perubahan pada barisan kesebelasan utama ketika menentang Johor tempohari namun tidak menolak kemungkinan berlakunya perubahan-perubahan kecil sebelum perlawanan berlangsung kelak” jelas beliau lagi kepada wakil SDN.

“Saya sangat berharap pemain-pemain Perak yang diturunkan nanti dapat beraksi pada tahap terbaik mereka dan seterusnya mencapai kemenangan di tempat sendiri buat kali pertama untuk Liga Super musim 2010 ini” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Nota: Lintas langsung ulasan perlawanan di shoutbox www.seladang.net .

Kesebelasan Kemungkinan:

Johor vs Perak

YB Corner Dicatat oleh YB Seladang.net

Tiada ulasan: