Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 10 Mac 2010

TG Nik Aziz tidak setuju kahwin awal



KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Menurutnya, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata.

“Dari segi syarak sah, tapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kita berkahwin bukan sekadar nak perempuan sahaja, tapi nak zuriat. Mana boleh perempuan yang berumur 11 tahun melahirkan zuriat.

”Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, pihaknya belum bercadang mengambil langkah mencatu bekalan air di negeri ini berikutan keadaan kemarau yang melanda negeri ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan kaedah berjimat cemat dalam penggunaan air.

”Bukan saja pada musim kemarau tetapi setiap masa kita digalakkan menjimatkan air kerana Islam melarang perbuatan membazir,” katanya

Bagi tujuan tersebut, Nik Aziz berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat memohon hujan di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, esok dan menggesa orang ramai untuk datang beramai-ramai bagi menyertai solat hajat itu.

Tiada ulasan: