Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 23 Mac 2010

Midah oh Midah..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPpBCLegxsAFyY195VOzyOKVBHOxa_vcmcFE4Le96wPp93TpKeU6zj5w-Qa6SnVDV-xMUjZwPYtzhmUJyDOCYGq83YMlZWmpRZYHI3f88nnWFkcRXwR-zlUtQoobJ93gFR8F5ljzczT3s/s1600-r/kak+midah.jpg

Taman Song Choon, Ipoh
- Jika sebelum ini ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman bertindak menggunakan surau Al-Falah Taman Song Choon, Ipoh walaupun tanpa mendapat kebenaran dari AJK surau tersebut, kali ini beliau difahamkan sekali lagi cuba untuk menggunakan surau tersebut bagi tujuan politik beliau.

Salah seorang AJK surau Taman Song Choon memaklumkan bahawa wakil Yb Midah telah datang menemui salah seorang AJK surau tersebut untuk memaklumkan hasrat mereka namun ditolak mentah-mentah . Walaupun cuba dipujuk oleh Ketua Bahagian Umno Gopeng yang menjanjikan sumbangan seekor lembu dan wang ringgit , beliau tetap dengan pendirian bahawa AJK surau tersebut tidak akan membenarkan program tersebut diadakan di surau Taman Song Choon. Ini ekoran dari tindakan biadap umno yang menggunakan surau tersebut sebelum ini yang menggunakan surau bagi program politik walaupun tanpa kebenaran AJK surau.

Walaupun wakil umno cuba untuk mengatakan bahawa surau bukan milik PAS, AJK surau tersebut menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri.

Cadangan dari Yb Midah sendiri tidak dipersetujui oleh beberapa ahli umno di taman tersebut. Mereka mengatakan bahawa ahli-ahli umno "dipulau" oleh masyarakat sekeliling selepas tindakan umno menceroboh surau sebelum ini. Malahan ada di antara kenduri yang diadakan oleh ahli umno tidak dihadiri masyarakat setempat dan ada di kalangan mereka yang malu bergaul dengan masyarakat lantaran tindakan pemimpin umno bahagian terutamanya Hamidah sendiri yang tidak menghormati AJK surau.

Sebelum ini umno telah menganjurkan program memasak bubur assyura di surau tersebut walaupun tanpa kebenaran dan akhirnya program tersebut dipulau oleh masyarakat sekitar dan YB Hamidah terpaksa membawa ahli-ahli umno dari luar bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong. Mereka juga terpaksa menebalkan muka menghantar bubur lambuk dari rumah ke rumah selepas tiada masyarakat yang hadir untuk mengambilnya sendiri.

DPPKG - Hairan kenapa umno beria-ia sangat hendak menggunakan surau taman song choon sedangkan mereka boleh menggunakan banyak lagi masjid dan surau di sekitar DUN Sungai Rapat tanpa halangan.

-dppgopeng.blogspot.com

4 ulasan:

Maimun berkata...

Hai ! Makcik ni pun lawan glamour Pok Berahing dan Katok Bayan Baru ke ? Udah lah tu makcik . Malu anak cucu nengok nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sampai hati AJK Surau Taman Song Choon buat kepada YB Hamidah , apa salahnya YB Hamidah berbakti kepada rumah Allah SWT . YB Hamidah seorang Muslimah dan beragama Islam .Salah ke? YB Hamidah mendekati rumah Allah SWT. Kalau bukan di rumah Allah SWT , kemana YB Hamidah nak berbakti ,takkan AJK Surau Taman Song Choon nak suruh YB Hamidah berbakti dan mendekati rumah ibadat Hindu/tepekong Cina .Zalim sunggoh AJK Surau Taman Song Choon terhadap YB Hamidah .YB Hamidah seorang perjuang Islam yang suci murni , kalau bencikan YB Hamidah sekalipun janganlah pihak AJK Surau Taman Song Choon haramkan penerimaan sedekah seekor LEMBU dan wang ringgit dari seorang Muslimah yang berhati suci murni sedangkan TG Nik Aziz mendidik rakyat Negeri Kelatan supaya ambil duit,kain batik DLL dari puak UMNOBN tapi apabila mengundi , pangkah Bulan (PAS).Dan AJK surau Taman Song Choon harus ingat bahawasanya YB Hamidah seorang muslimah yang sholatnya tak pernah ditinggalkan.Walla hu alam.hj jamaludin

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,
Apa salahnya kalau ada orang yang ingin berurusan dengan surau di Taman Song Choon. Yb Hamidah dan UMNO tidak berniat pun menjadikan surau dan masjid bagi tujuan politik sebagaimana yang PAS lakukan.
Kita tahu niat sebenar AJK Surau tersebut hingga tidak membenarkan YB Hamidah walaupun untuk tujuan yang murni.
Artikel ini menyebut “AJK surau tersebut yang menyatakan bahawa walaupun surau itu bukan hak PAS,hanya orang PAS sahaja yang datang ke surau sedangkan ahli umno lebih gemar bersembang di padang. Ahli-ahli PAS juga komited memberikan sumbangan bagi menjayakan program kuliah yang diadakan hampir setiap malam di surau tersebut walaupun tidak mendapat bantuan walau satu sen termasuk dari jabatan agama sendiri” menunjukkan bahawa sikap AJK sebagai juara mempolitikkan surau.
Kita tahu PAS mempunyai program ceramah politik di surau tersebut. Dengan membuat tuduhan bahawa ahli UMNO tidak berminat ke surau dan hanya ahli PAS sahaja yang komited menunjukkan mereka menjadikan surau itu sebagai pentas politik setelah surau dan masjid lain tidak dapat dikuasai oleh PAS.
Ditambah pula dengan tindakan PAS yang meminda AJK masjid baru-baru ini di beberapa daerah di Perak mempunyai niat politik di sebalik pengunaan surau dan masjid.
Janganlah cuba melaga-lagakan ahli UMNO yang kononnya tindakan YB Hamidah tidak dipersetujui oleh ahli UMNO itu yang dianggap menceroboh surau berkenaan.
Tindakan dan niat PAS dan ahlinya untuk menguasai surau dan masjid boleh difahami dan disedari oleh semua orang bagi menunjukkan bahawa PAS ADALAH JUARA ISLAM.
CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI EKORNYA BERGELUMANG DENGAN TAHI.
Sedarlah wahai penyokong PAS bahawa PAS TIDAKLAH SEKUAT MANA TAPI BERKOKOK SIANG DAN MALAM UNTUK MENUNJUKKAN DIRINYA SEBAGAI JUARA POLITIK.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

wei tanpa nama,
kasi betui bismillah tu dulu beb.

pkr,
ptuihhh..murni? hang pi tgok urg umno watpe time maghrib kat song choon?