Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 9 Mac 2010

Kalau nak kaya jangan masuk PKR !!!

http://buzzley.files.wordpress.com/2009/05/ringgit.jpg
PASIR PUTEH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan semestinya tidak sesuai kepada pemimpin yang mahu meraih kekayaan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau tidak terkejut dengan pengunduran beberapa pemimpin PKR dan tidak berasa kehilangan mereka yang berkepentingan diri.

Katanya, apabila pemimpin terbabit menyedari PKR bukan lubuk harta maka mereka mengambil tindakan keluar parti, alasan mahukan parti lebih Islamik agama dan adil seperti yang dinyatakan hanya diada-adakan untuk menutup kelemahan diri.

”Pemimpin perlu memanfaatkan platform mereka dalam mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya untuk membina kekayaan.

”Bila ruang membina kekayaan tidak ada dalam PKR, mereka bertindak keluar parti dan PKR memberi kebebasan kepada mereka menentukan hala tuju,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak mungkin menerima penyertaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana tindakan itu boleh merenggangkan perhubungan Pas dan PKR.

Walaupun tindakan itu menyebabkan PKR kehilangan kerusi, Saifudin menganggap ia tidak menjejaskan parti malah parti itu semakin berkualiti kerana pemimpin bermasalah tidak lagi bersama.

”Saya akan hantar surat pemecatan secara resmi kepada Zul esok (hari ini) dan dia mempunyai masa selama 14 hari untuk kemuka rayuan,” katanya.

Tiada ulasan: