Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar segelintir masyarakat yang menyalahgunakan internet termasuk laman-laman blog bagi tujuan negatif dan tidak mendatangkan kebaikan kepada orang ramai.
Menurutnya, perkara tersebut berlaku kerana kemudahan canggih yang disediakan tidak disatukan dengan ajaran agama yang membezakan antara yang perkara yang boleh dilakukan atau tidak.
“Hasilnya, maruah dan peribadi didedahkan keaibannya secara terbuka di khalayak ramai. Ruang blog seolah-olah sudah menjadi kedai kopi terbuka yang memperkatakan semua perkara sama ada benar atau tidak. Inilah akibatnya apabila wahyu tidak menjadi panduan di dalam penguasaan ilmu,” katanya.
TG Nik Aziz berkata, segala penemuan dan ciptaan moden yang ada pada hari ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam Islam, malah umat Islam pernah melakar sejarah sebagai umat yang telah mempelopori pelbagai jenis ciptaan yang bermanfaat.
“Contohnya penciptaan jam. Apabila Islam mewajibkan solat lima waktu, puasa dan haji mengikut waktu yang telah ditetapkan, umat Islam mula mencipta alat yang khusus bagi memudahkan waktu solat diketahui.
Akhirnya pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid, terciptalah sejenis alat jangka waktu solat dengan menggunakan titisan air seterusnya penciptaan ini berkembang menjadi teknologi jam yang kita saksikan pada hari ini,” katanya.
1 ulasan:
Wahai Paeh,
Itulah nasihat yang sepatutnya ditujukan kepada blog pro PAS yang kebanyakannya mencetuskan perkara negatif dalam mencari sokongan.
Nik Aziz juga tidak maksum. Ada ketika memberi nasihat dan fatwa yang melibatkan partinya.
Ingatlah Paeh bahawa parti PAS dan Islam adalah sesuatu yang berbeza dan tidak boleh disamakan seperti PAS ITU ISLAM dan ISLAM ITU PAS.
Buktinya ialah bagaimana tindak tanduk PAS seperti berebut menjadi AJK masjid dan surau, ustaz dalam PAS bercakap politik bagai nak rak, ceramah dan program PAS di masjid dan fatwa pemimpin PAS.
Apa pula fatwa baru Nik Aziz dan Hadi mengenai pendedahan Zahrain dan Zulkifli Noordin di Parlimen.
Komen Nik Aziz mengenai hal ini ialah sepatutnya hal peribadi dan parti tidak didedahkan di khalayak umum.
Soalnya perkara ini terkena muka PR (tak berdaftar) yang di dalamnya ada PAS.
Apa pula komen kalau hal ini terkena pada BN. Jawabnya sudah tentu tidak sama dengan komen beliau apabila terkena parti sendiri.
Untuk pengetahuan Paeh, pendedahan ini menunjukkan bahawa PR (tak berdaftar)dan PKR yang diterajui oleh Anwar TIDAKLAH SEHEBAT MANA sebab main pintu belakang.
Bukan itu saja, mereka LEMAH segala-galanya.
Saya yakin Paeh dan rakan partinya terasa sedikit PANAS untuk mendapatkan sokongan.
Jadi tunggulah nasib PR (tak berdaftar) dalam PRU 13 nanti.
Sekian.
Catat Ulasan