Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 15 Mac 2010

Bukan Islam mampu jadi pendakwah: TG Nik Aziz

http://lh3.ggpht.com/_G4UF_wN334k/SkGoN1S-qVI/AAAAAAAAMXk/21lEfm0R2As/s800/DSC09146.JPG


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan masyarakat Islam di negeri ini gagal mengambil peluang untuk menyebarkan agama Islam kepada jiran yang bukan beragama Islam.

Beliau berkata, perkara itu penting supaya suatu hari nanti golongan bukan beragama Islam ini mampu menjadi pendakwah Islam.

“Islam ini bukan untuk Melayu saja tetapi untuk semua manusia. Kesilapan kita di Kelantan sendiri satu masa dulu, kita tidak terfikir Islam ini hendak disebarkan kepada bukan Islam walaupun Cina atau India duduk di sebelah rumah atau masjid,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini beliau meminta penduduk Islam Singapura berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada bangsa lain dengan harapan mereka akan berminat untuk mendekati Islam.

“Gerakan Islam satu ketika dulu tidak banyak sangat terbabit dengan perkembangan Islam. Saya juga minta penduduk Islam Singapura berusaha supaya Islam ini turut diperkenalkan kepada orang (bangsa) Cina supaya satu hari nanti mereka akan jadi pendakwah Islam, imam dan khatib.

“Takkan bangsa Cina tak boleh terima Islam kalau kita dedahkan Islam dengan baik. Kita di Kelantan, Pas, walaupun serba kekurangan dalam segala kemudahan komunikasi tapi kini ada kelab penyokong Pas, satu hari nanti kelab penyokong Islam pula,” katanya.

Tiada ulasan: