PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan terjejas berikutan tindakan Kerajaan Pusat menafikan hak Kelantan mendapat royalti minyak.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, keengganan Kerajaan Pusat memberikan royalti kepada Kelantan merupakan tindakan yang melawan arus.
“Biasanya kalau kita tidak bersama rakyat maka susah kita nak dapatkan sokongan daripada rakyat, walau bagaimanapun kita tunggu saja pilihan raya umum akan datang.
“Umum mengetahui seluruh rakyat negeri ini berhak menikmati royalti. Ia hak semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik,” katanya.
Ku Li berkata, UMNO di negeri ini mendapat 35 peratus undi dan mereka itu adalah rakyat Kelantan yang juga berhak menikmati hasil royalti.
Menurutnya, soal politik perlu diketepikan dalam hal tersebut kerana hak seluruh rakyat negeri itu perlu diberi keutamaan.
“Sebagaimana Terengganu, Kelantan juga berhak mendapat royalti kerana ia selaras dengan undang-udang yang dirangka ketika Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri lagi.
“Saya difahamkan Terengganu yang menerima royalti meragukan ke mana wang ihsan dibelanjakan ketika negeri itu ditadbir Pas, wajarlah rak-yat Kelantan juga tidak mahu menerimanya dalam bentuk wang ihsan,” katanya.
Berhubung dengan kemungkinan kes tuntutan royalti dibawa ke mahkamah katanya, ia sepatutnya tidak sampai ke peringkat itu sekiranya Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.
“Kita berdoalah bersama-sama agar royalti itu dapat kepada Kelantan sebagaimana yang sepatutnya,” katanya.
1 ulasan:
tulah ambil
pelajaran dari KULI ni..
kULI CUKUP MEMBERI PENGAJARAN
\BAIK UMNO \BAIK PAS
JIKA BENDA TU KENA DIPERTAHANKAN
KITA PERTAHANAKAN...
SATU HARI NANTI KULI akan sound: ISLAM TU HAK KITA
KITA PERTAHANKAN... kita mesti BERANI...
JGN KECUT TELUR (KULI TIDAK TAKUT UMNO UNTUK MEMPETAHANKAN HAKNYA)
by the name of Allah:Hambanya
Catat Ulasan