Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 3 Mac 2010

Perhimpunan besar-besaran bantah GST dianjur

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.


Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menurut penyelaras Protest, Dr Hatta Ramli ( dua dari kiri), kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin.

"Kami mahu Yang di-Pertuan Agong memahami dan melihat sendiri bahawa rakyat menentang GST," jelasnya pada sidang media di markas PAS, hari ini.

Perhimpunan itu, katanya akan dijalankan secara aman dan tidak akan menganggu kelancaran lalu lintas.

"Kami jangkakan ia adalah bantahan yang paling aman dalam sejarah Malaysia kerana kami tidak mahu sidang Parlimen terganggu," sambungnya.

Justeru, menurut ahli parlimen Kuala Krai itu, kumpulannya tidak bercadang memohon permit.

"Menurut bancian yang dijalankan oleh badan bebas, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak GST," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya mati le rakyat 1Malaysia dan juara rakyat kalau semuanya akan membebankan, gua ni askar pencen, gua punya pencen tak sampai pun RM 2000 sebulan, kalau ekonomi sekarang tinggi, mati kebuluran le gua and anak bini gua selagi UMNO-BN memerintah negara, gua berharap PRU 13 ni, harap-harap kandang le UMNO-BN, and gua nak tengok Najib and Big Mama and kuncu-kuncunya masuk jail, Amin