Sudah menjadi satu trend pula bagi sebuah stesen TV swasta ini yang menerbitkan drama TV yanng berjudulkan nama wanita. Baguslah tu. Tapi yang agak terkilan ialah setiap judul drama tersebut meletakkan nama wanita dengan gelaran yang kurang menyenangkan.
Sudah hampir dua bulan drama 'Halimah Jongang The Series' tersiar di TV. Menampilkan watak seorang wanita yang bergigi jongang. Walaupun mungkin ada moral di sebalik drama ini namun tajuk drama ini lebih popular daripada ceritanya. Apatah lagi lagunya pula semakin diminati ramai.
Tidak cukup dengan itu, kini terbit pula siri drama yang baru iaitu 'Fatimah Juling'. Nah..sudah ada dua drama yang berjudulkan nama wanita tetapi seolah-olah ada unsur penghinaan terhadap kaum wanita.
Bagi penulis, walaupun drama tersebut mempunyai unsur positif namun, sepatutnya pihak penerbit tidak sewajarnya meletakkan judul sebegitu sekali demi menarik orang menonton drama-drama tersebut.
Bayangkan setiap hari, dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa menyebut-nyebut kalimah 'Halimah Jongang' dan 'Fatimah Juling'. Bukankan ini merupakan satu perkara yang amat sensitif terutama kepada mereka yang mempunyai nasib begitu.
Lebih buruk lagi apabila perkataan 'jongang' dan 'juling' telah menjadi bahan gurauan dan ejekan bagi anak-anak terhadap orang lain. Bukangkah ini boleh menimbulkan budaya mengumpat atau mengata ?
Kita bimbang jika drama ini berjaya maka akan ada lagi drama-drama yang menggunakan judul nama wanita dengan gelaran-gelaran tidak enak didengar. Nampaknya ia sudah menjadi satu trend.
Kepada penerbit drama, bikinlah drama yang baik dan membina. Letaklah judul drama anda dengan judul yang tidak menyentuh hati sesiapa. Anda selamat, penonton terhibur. Selamat berkarya.
ar_rawa
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan