Masalah pemimpin lompat parti seperti yang dialami Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini adalah perkara lumrah dan pernah dilalui Pas.
Perkara itu dinyatakan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PKR boleh dikatakan parti baru dalam arena politik negara dan ia terpaksa melalui pelbagai masalah sebelum mencapai kematangan.
Menurutnya, Pas ketika ketika mula bertapak dalam arena politik pernah mengalami masalah serupa sebelum menjadi lebih matang.
“PKR umpama budak kecil yang meniarap, merangkak dan kemudiannya belajar berjalan, jadi terjatuh tu adalah perkara biasa sebelum dapat berjalan dengan sempurna.
“Parti baru macam PKR memang begitu, terpaksa melalui cabaran sedemikian apatah lagi kepada parti yang belum pernah memerintah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR keluar dari parti berkenaan akhir-akhir ini.
Nik Aziz berkata, pengalaman yang dilalui parti itu cukup berharga kerana ia memberi banyak pengajaran seterusnya membantu memantapkan perjuangan.
“Lazimnya masalah yang dihadapi menyebabkan kita banyak berfikir dan ini mematangkan kita dalam mengharungi cabaran lebih hebat pada masa akan datang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan