KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?" katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Pengerusi DAP itu, turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar.
"Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan