Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 8 Mac 2010

Salehuddin Hashim broker UMNO !!!



KUALA TERENGGANU – Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim didakwa menjadi broker UMNO untuk menarik wakil rakyat pakatan pembangkang keluar parti.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, peranan Salehuddin dapat dihidu dengan kehadiran beliau pada setiap majlis pengumuman keluar parti oleh Ahli Parlimen pakatan pembangkang.

Sehubungan itu katanya, beliau percaya Salehuddin ialah individu penting bagi menarik dan menggoda wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan diri mereka sebagai parti Bebas atau menyertai UMNO.

“Malah, dalam isu ini kita sebenarnya nampak dua perkara sama ada wakil rakyat itu bersedia (untuk lompat parti) ataupun mereka berjaya ditipu oleh broker berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Difahamkan sebelum ini dalam temubual oleh se-buah akhbar, beliau menafikan dakwaan memainkan peranan dalam isu pemimpin wakil rakyat pembangkang keluar parti.

Mengulas mengenai desakan supaya Mohsin Fadzli Samsuri mengosongkan kerusi Parlimen Bagan Serai dalam masa tujuh hari atau solat hajat dilakukan agar tindakannya keluar parti mendapat balasan Allah SWT, beliau menyatakan persetujuannya.

Mohd Nor berkata, desakan dan solat hajat itu wajar dilakukan kerana Mohsin Fadzli telah mengkhianati perjuangan parti, kepercayaan rakyat dan segala penat jerih jentera parti ketika bertanding di kerusi tersebut dulu.

“Khianat ini satu per-buatan salah, oleh itu kita mahu dia letak jawatan dan bertanding atas tiket UMNO ataupun Bebas, kita mahu lihat pengundi di Bagan Serai memilih atas dasar perjuangan parti ataupun dirinya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai ke-nyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bahawa haram jika mahu mengadakan solat hajat mendoakan kebinasaan orang lain terutamanya umat Islam, Mohd Nor mencabarnya mengeluarkan hadis bagi mengukuhkan kenyataannya itu.

“Kita cabar beliau bawa hadis dan ayat al-Quran, kenyataannya seolah-olah ingin berpolitik,” katanya.

Tiada ulasan: