Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 1 Mac 2010

Isu pelepasan LTDL yang membelakangi TG Nik Aziz dibangkit pada sidang DUN



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnr2MORs3nMjeG_yJP34haNpMli2kREb_l-0hgyLiRX9I3CeuQgDhxbmVzQGbKF4Bz2ihIz4fCvmX4hvouU_Vf5tpcs2-NLyXIhwX_RpOKyCPqLXosi-LXy10zXb6_3qE_LyIMsPHgyZs/s400/ltdl2010.jpg

KOTA BAHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.

Rata-rata wakil rakyat PAS itu mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur yang didakwa mereka telah memalukan bukan sahaja kepada Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, beliau telah menghantar mesej kepada Najib melalui laman sosial Facebook Perdana Menteri itu hari ini.

"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di sini hari ini.

Tiada ulasan: