Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 26 Mac 2010

Ambo mujur benar la, kerja di sinI pun banyak

http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/04/nik-aziz-rocky0042qiadah.jpg

Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa beliau tidak kisah sekiranya Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk tidak melantik kembali beliau sebagai Mursyidul Am.

“Ambo (saya) mujur benar la, (kalau tidak dilantik), kerja di sini (Kelantan) pun banyak, nak pergi Kuala Lumpur bukannya mudah,” katanya.

TG Nik Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai sebuah laporan sebuah portal berita yang menyatakan mesyuarat pertama bagi sesi baru Majlis Syura Ulama Pas akan memilih Mursyidul Amnya bagi mempengerusikan majlis itu.

Bagaimanapun, laporan pada hari berikutnya menimbulkan spekulasi apabila portal berkenaan menyatakan bahawa pemilihan mursyidul am tidak dibuat, sebaliknya majlis tersebut hanya melantik lima anggota tambahan. Ketika ini, Timbalan Musryidul Am disandang oleh, Datuk Dr Harun Din.

Nik Aziz berkata, faktor kesihatan juga diambil kira kerana jawatan Musyidul Am memerlukan banyak masa selain terpaksa ulang-alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini Nik Aziz dilihat pemimpin yang kerap tidak sependapat berhubung dengan pemimpin kanan parti itu termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu Kerajaan Perpaduan Pas-UMNO.

Kedudukan Nik Aziz kini dilihat masih belum jelas dan bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Sebelum ini spekulasi mengenai jawatan Menteri Besar yang dipegang Nik Aziz juga timbul apabila Exconya mencadangankan agar beliau menamakan calon yang sesuai bagi mengambil alih kepimpinan negeri dimasa hadapan.

Namun, Nik Aziz mengesahkan bahawa, calon yang sesuai mengambil alih tampuk pemerintahannya dibuat mengikut hierarki tertinggi dalam kepimpinan parti peringkat negeri.

Tiada ulasan: