Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.
Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.
Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Dr Hatta berkata perhimpunan tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, perhimpunan akan diadakan sekiranya timbul keperluan.
Ditanya sebab khusus perhimpunan esok ditangguhkan, Dr Hatta berkata: "Kita kena bersifat reasonable (munasabah) kerana kita sedia menimbang suasana yang berubah ini"
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa mereka tidak akan berhenti daripada menentang pelaksanaan GST itu.
Menurutnya, semua bentuk kempen akan diteruskan seperti ceramah dan pengedaran risalah mengenainya.
Beliau juga memohon maaf kepada orang ramai yang telah telah membuat persediaan untuk menghadiri perhimpunan esok.
Dr Hatta juga berharap penangguhan perhimpunan esok tidak akan melemahkan semangat rakyat dalam menentang pelaksanaan GST.
"Sekiranya kerajaan bermain-main dengan keputusan ini, saya yakin rakyat akan marah dan akan turun dengan lebih besar.
"Jika mereka beriya-iya sangat nak bentang, kita akan beri respond dengan berlipat kali ganda," katanya.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan