Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 21 Mac 2010

Siapa kartun???


[v+sivakumar+dengan+razif+rosli.JPG]

IPOH – “Siapa dia hendak bercakap mengenai perlembagaan, adakah dia arif mengenai perlembagaan, kalau sekadar menuduh orang tu kartun, orang ni kartun, baik tidak payahlah,” kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar.

Dalam soal siapa speaker yang sah antara Datuk R Ganesan, katanya, ramai pakar perlembagaan termasuk Pensyarah Undang-Undang mengatakan beliau masih lagi speaker DUN.

“Bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) boleh menyifatkan tindak-tanduk saya ini sebagai kartun, sedangkan apa yang saya pertahankan adalah mengikut lunas perundangan, malah terbukti melalui kenyataan pakar perundangan.

“Kalau dia labelkan saya sebagai kartun, macam mana pula dengan kes enjin jet pejuang hilang dan kapal selam yang tidak berfungsi, bukankah permasalahan ini lebih sesuai dilabelkan sebagai kartun,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin kelmarin yang menyifatkan dia sebagai kartun dalam isu Speaker DUN Perak.

Sivakumar berkata, beliau tetap mempertahankan jawatan speaker kerana pelantikannya mengikut saluran sah, bukan sebagaimana berlaku ke atas Ganesan.

Katanya, segala tindak-tanduk beliau sebelum ini adalah berlandaskan kepada enam perkara dan beliau mohon supaya Timbalan Perdana Menteri menjawab semua perihal itu iaitu bagaimana Ganesan boleh memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), sedangkan perintah mahkamah dikeluarkan melarang orang awam dan Ahli Parlimen.

“Keduanya, persidangan 7 Mei tahun lalu, saya memberitahu sidang belum dimulakan sehinggalah 10 orang yang digantung keluar dewan mengikut Perintah-perintah tetap DUN, namun saya telah diheret keluar.

“Apa yang berlaku dalam tempoh itu adalah tidak sah termasuk dalam pelantikan Ganesan dan perlucutan saya sebagai speaker,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Tronoh berkata, perkara ketiga adalah aturan mesyuarat telah dilanggar, sepatutnya dimulakan dengan titah ucapan tuanku sebagai perasmian pembukaan penggal kedua dewan, sebelum diikuti agenda berikutnya.

“Perkara keempat pula mengenai proses pelantikan speaker, bagaimana Hee Yit Foong pada ketika itu telah meletak jawatan sebagai ADUN dan Timbalan Speaker boleh mengambil kuasa sebagai speaker, sedangkan saya berada di situ dan masih bergelar speaker.

“Begitu juga usul pelucutan dan pelantikan speaker yang perlu dibuat melalui usul majoriti, tetapi saya tidak nampak pun usul itu dikemukakan, tambahan lagi usul berkenaan dicadangkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang pada ketika itu sudah digantung pada 6 Mei sehari sebelum sidang, maka usul berkenaan tidak sah.

“Perkara keenam adalah mengenai status atau kedudukan Ganesan yang bila dilantik sebagai speaker seharusnya melepaskan segala jawatan ikhtisasnya dalam tempoh tiga bulan, tetapi surat dari Majlis Peguam Negara mengesahkan Ganesan tidak meletak jawatan dalam tempoh berkenaan menyebabkan dengan sendirinya jawatan sebagai speaker terlucut,” katanya.

1 ulasan:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Sivakumar sedarkah siapa sebenarnya macam kartun?

Ingatkah Zunar?

Ingatkah Darul Kartun?

Paeh lahir di mana?

PERAK DARUL RIDZUAN atau PERAK DARUL KARTUN?

Kalau ikutkan sokongan Paeh, takkan lahir di PERAK DARUL RIDZUAN.

Sudah tentu Paeh lahir di PERAK DARUL KARTUN.

Jadi Sivakumar satu kapal dengan Paeh.

Sekian.