Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 3 Mac 2010

Chua Soi Lek umum letak jawatan


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden MCA.

Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.

Dengan perletakan jawatan itu, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kini tidak mempunyai banyak pilihan selain mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti.

Chua juga menuntut pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA, beliau berkata tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu yang diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai berbuat demikian.

Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Tiada ulasan: