KUALA TEREN
GGANU, 19 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTHUAcDIzdLJOBRILQhbpeNqlmN_GT57LH2MR97dxzwVlVddN8sJrKeLwMhpM3FoVIGmzVS4W80dm8uQRop3iQpmbmqklzrKZekDxwVHmZjbIAfFT_afbYT3i9bQQ8UEKG7q5IvzaCDw/s200/tengku-razaleigh-hamzah.jpg)
“Itu tidak betul,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim semalam yang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat ke PKR bagi menjayakan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan pusat ketika itu.
“Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di sini malam tadi.
http://loveperak.blogspot.com/
http://loveperak.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan