Sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi hendaklah meletakkan kepentingan rakyat dan hak massa sebagai aspek pendahuluan atau prima . Justeru kerna demokrasi itu datangnya dari rakyat , kepada rakyat dan untuk rakyat. Jika perkara fundamental kedemokrasian ini di hakis oleh mana –mana parti pemerintah . Maka berlakulah pemerintahan autokrasi atau kuku besi ;yakni , kerajaan Fir’aun .
Janganlah fir’aun itu bersembunyi di sebalik tembok-tembok dan tirai besi yang bernama ISA , OSA dan PDRM untuk menjamin kesinambungan hayat! Ini adalah amalan politik dan pemerintahan yang ‘out-dated’ dan primitif . Bukan lagi boleh diguna-pakai dizaman siber dewasa ini. Lihat di Indonesia dan Filipina, setelah jatuh Fir’aun Marcos dan Suharto. Perjalanan demokrasi di negara tersebut cukup hebat dan pesat sekali ; di mana Malaysia jauh ketinggalan sekali . Dunia bisa ketawa!
Bahkan PM dan TPM Indonesia bisa dibawa ke muka pengadilan bersabit dengan kesalahan rasuah, kronisma dan salahgunakuasa.Demonstrasi massa secara aman dibenarkan . Bahkan pihak kepolisian hanya menjaga keselamatan rakyat yang berdemo sebagaimana tugasan dan kredibiti mereka , bukannya menjaga keselamatan parti yang memerintah .
Alhamdulillah, sekalipun gaji polis sudah naik dengan begitu drastik sekali . Namum tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat yang berkumpul secara aman hendaklah dipastikan berlaku kerna ianya dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Yang mana, Akta Polis adalah terbitan daripada Perlembagaan tersebut yang bersifat sekunder kerna Perlembagaan Malaysia adalah asas kedemokrasian yang prima dan utama sekali. Perlembagaan Malaysia hendaklah menjadi obligatori pihak keselamatan untuk memastikan ianya sama sekali tiada tercemar oleh mana-mana parti pemerintah sekalipun. Ini amanah dan obligasi mereka kepada rakyat. Semua kakitangan kerajaan samada yang beruniform atau tidak adalah dibayar gaji mereka oleh kerajaan bukannya oleh mana-mana parti pemerintah. Justeru itu selaku KULI rakyat , hak rakyat hendaklah dihormati dan didahulukan oleh semua jentera rakyat .Dewan Rakyat bukannya Dewan Parti atau milik mana-mana parti yang memerintah !
Setiap wakil rakyat, samada di peringkat parlimen atau DUN ; sewaktu mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat .Maka tatkala itu gugurlah kepartaian mereka samasekali ; yang ada hanyalah status mereka sebagai wakil rakyat bukannya lagi sebagai wakil mana-mana parti .
Justeru itu , alaun mereka juga dibayar oleh rakyat Malaysia , bukannya dibayar oleh parti asal mereka . Maka ini, semua kakitangan kerajaan ; janganlah sekali-kali menganiayai rakyat yang memerlukan khidmat pelanggan yang cermerlang dan khidmat penjagaan keselamatan berhak diberikan kepada rakyat daripada semua pihak.
Maka di sini , program Gegar yang dianggotai oleh 50 NGO hendaklah dibenarkan berhimpun secara aman sebagaimana yang di jamin oleh Perlembagaan Malaysia ; di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada kira-kira jam 11.45 pagi , Sabtu ini( 20.3.10 ) ; demi untuk menyampaikan memorandum massa kepada DYMN Yang Di Pertuan Agung. Memorandum ini mendesak kerajaan pusat mengembalikan ‘ The Stolen Black Gold’ kepada yang berhak . Iaitu, warga Kelantan dan Terengganu . Sebagaimana hak yang sama diberikan kepada warga Sabah dan Sarawak .
Ingat! Emas hitam adalah hak kepunyaan rakyat; diurustadbir melalui kerajaan negeri masing-masing ; bukannya milik persendirian mana-mana parti pemerintah untuk dikorun-faraidkan di kalangan elit-umnoputra di atas nama rakyat seperti projek pembaziran Masjid Kristal yang tiada kariah dan Monsoon Cup menjadikan Terengganu negeri yang kaya dengan minyak tetapi , rakyatnya yang kedua termiskin di Malaysia . Yang kaya dan senang lenang dari anugerah Allah kepada bumi tersebut hanya untuk membuncitkan perut qorun-qorun itu tadi . Sementara rakyat marhein, tetap miskin . Mana pertambahtaraf golongan petani , nelayan dan penternak yang miskin . Beras, daging, ayam dan ikan masih lagi diimpot ? Sektor marhein ini tiada menguntungkan kroni-umnoputra kecuali projek kerakusan qorun seperti Monsoon Cup dan Masjid Kristal itu tadi . Mereka bisa mendapat pulangan dan keuntungan yang cepat !
Pihak keselamatan hendaklah bijaksana dan tertakluk tugasan mereka dengan Perlembagaan Persekutuan. Berilah perkhidmatan keselamatan yang lebih baik kepada para demonstran itu nanti dan mesra rakyat kerna kenaikan gaji mereka adalah daripada wang rakyat . Bukannya daripada kantong mana-mana parti .
Justeru itu , demi memudahkan tugas para pegawai dan pasukan keselamatan agar lebih bertangjungjawab kepada rakyat . Sewajarnyanya pembuktian transformasi kerajaan bukannya retorik . Tetapi , dibuktikan dulu mukaddimahnya dengan meletakkan dulu PDRM( IGP) dan SPRM di bawah jurisdiksi parlimen ; agar mereka tiada menjadi ‘subordinate’ dan ‘Yes Man” sahaja kepada PM. Justeru , bertangjungjawab terus kepada rakyat . Yakni, kepada Dewan yang mulia , iatu Parlimen .Yakni, pastinya tidak dibawah telunjuk PM atau perintah mana-mana parti.
http://nasharrawy.blogspot.com/
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan