Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 8 Mac 2010

Pas tidak wajar terima Zul Noordin : Mahfuz



PETALING JAYA- Pas tidak wajar menerima kehadiran anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung...saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas...ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu hadir sidang media mengenai ulang tahun kedua kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, diminta mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor berkata parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam Pas.-Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila baca blog loyor burok ni bahawa belum lepas edah dah ada orang merisik , aku gelak besor yop . Ape ke idoknye , PAS dah khabor getik pade loyor burok ni .. Perasaan bebenor lah loyor b ni . Nampoknye sampei tumpor lah loyor b ni perasaan ... Kah..kah..kah.. kah !