Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 15 Mac 2010

Serangan ke atas Anwar tidak lemah kerjasama


KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menganggap serangan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kehilangan majoriti kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen tidak akan lemahkan kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, isu yang digembar-gemburkan Anwar akan ditolak dan pemimpin berbangsa Cina akan memerintah negara berikutan kerusi DAP telah mendominasi Parlimen dilihat sebagai modal politik.

“Kita yakin perkara sedemikian tidak akan memberi kesan kepada rakyat dan ia hanya modal politik di mana masyarakat sudah tahu serta lapuk.

“Kita percaya rakyat Malaysia lebih matang untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang dan mereka akan menolak mana-mana pemimpin yang bersifat perkauman sempit,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sekiranya masyarakat bukan Melayu menjadi Ketua Pembangkang, beliau menganggap sebagai bukan perkara baru kerana sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi Ketua Pembangkang.

Mengulas berhubung Anwar yang rela melepaskan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi PR di Parlimen, Dr Syed Azman menghargai dan menghormati pandangan tersebut.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak akan terjadi kerana PR telah sebulat suara mahu mengekalkan Anwar dengan jawatan itu untuk memimpin Ahli Parlimen PR bagi menghadapi pilihan raya.

Tiada ulasan: