Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 8 Mac 2010

Pemimpin Pemuda positif dadah





DUNGUN - Keghairahan sekumpulan penagih dadah menjadikan rumah milik warga emas sebagai port melepaskan gian menerima padah apabila lokasi persembunyian mereka diserbu polis, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, dalam serbuan kira-kira jam 7 pagi membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah serta Narkotik di sebuah rumah di Ketengah Jaya itu, polis berjaya menahan kira-kira 30 penagih, semuanya adalah lelaki Melayu.

Menurutnya, daripada 30 yang ditahan, 15 daripadanya didapati positif dadah dan mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Antara suspek yang ditahan termasuk seorang daripadanya adalah pemimpin Pemuda cawangan sebuah parti politik di Bahagian Kemaman yang dipercayai turut positif dadah jenis ‘methamine’," katanya.

---------------------------------------------------------------------------

adakah pemimpin pemuda Umno ???

Tiada ulasan: