Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 28 Mac 2010

Khidmat TG Nik Aziz diperlukan: Pemuda Pas


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW-7e6h6vVSELskC4EijGmfU1MNZhF-qMUGF0AZVWQLK9GyXTONCssaNs4E_GJpbFWVmQV3tljLx0FYQPRFf_6BydfHIIiddmlFTCmcFBXX_z_Yjoh-aRNey9KNsY1mwpBd5mw14O8kdsT/s320/ABDUL+LATIFF+3.JPG
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Negeri menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am Pas.

Ketuanya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, kepimpinan TG Nik Abdul Aziz bukan sahaja diperlukan di Kelantan, malah kepada Pas di peringkat pusat bagi meneruskan kecemerlangan parti bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Tok Guru memiliki aura dan kehebatannya sendiri bukan setakat orang Islam, malah orang bukan Islam yang mempunyai persepsi yang sangat baik kepada beliau.

“Oleh itu tiada sebab untuk Tok Guru tidak mempertahankan jawatan beliau ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan TG Nik Aziz bahawa beliau sedia tidak dilantik sebagai Mursyidul Am Pas oleh Majlis Syura yang akan bermesyuarat dan memutuskan jawatan itu hari ini.

TG Nik Aziz berkata, rekod kehadiran beliau untuk menghadiri program di luar Kelantan tidak memuaskan termasuk menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang lebih banyak diwakilkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Abd Latif yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Mengkebang berkata, sokongan kepada rakyat kepada kepimpinan Nik Aziz kini tidak boleh dipertikai malah ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam berhadapan dengan UMNO.

“Ke mana Tok Guru pergi, beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa, malah Orang Cina dan India sudah mula menyokong perjuangan Pas atas inisiatif yang diambil Tok Guru yang memberi keadilan kepada semua pihak semasa memerintah Kelantan,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, adalah amat wajar bagi TG Nik Aziz meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan sebagaimana yang dikehendaki ahli Pas sendiri.

Tiada ulasan: